Assalamualaikum w.b.t
lama sudah blog nie di biarkan sepi, hehe...takpe kot sebab blog nie pun just untuk tatapan sendiri, takde follower pun..kan kan kan??
latest posting untuk tahun baru 2014 is mission complete, gunung yong belar ^ ^...
okey, kali nie kami nak citer about moment kami hiking di Yong Belar..
for information, kedudukan Gunung Yong Belar nie strategik sikit. Ia merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia.
Batu sempadan Kelantan & Pahang
tu dia, kami tak tau la nie kaki sapo ^o^
rombongan KLKM UUM bukan rombongan cik kiah naa..
kami bergerak dari kaki gunung around jam 9 pagi lebih kurang camtu la..
nie gambaq kami yang sempat di capture sebelum memulakan our mission
time nie muka ceria lagi, maklumlah penuh semangat lagi..hehehe
first track kami ialah mendaki tangga, kami pun tak sure ada berapa anak tangga..
kami lupa nk kira, heh heh
kata kawan kami 88 anak tangga, tapi kami tak sure betoi ke idak..
masa tu okeyyy lagi sebab semangat kan (walaupun agak lenguh sendi kaki)..
berehat sebentar bersama 100plus maybe, hehehe
take 10 untuk menghilangkan lenguh2, hehe..next, continue our second track..
yang nie agak mencabar jugak iaitu laluan paip..
jaga2 kaki, silap pijak jatuh dalam ayak (air) la hangpa
laluan batang paip nie agak panjang, lebih kurang 2jam jugak la nak habiskan laluan nie..
sabor jela, kaki tak payah citer memang basah lencun..kasut pun dah penuh dengan air..
macam mane air nye hanya kami yang tau, hihihi..
perhentian kedua : Pintu Rimba
aummm, bunyi macam menyeramkan je...
hehehe, keluarkan bekalan untuk mengunyah nyah nyah..
biskut, lolipop, coky2 dan jajan2 yang menjadi bekalan kami ^.~
dalam jam 12.30 kami bergerak masuk ke rimba..
setelah masuk ke rimba, kami lupa ape yang terjadi...
lalalala~~~~
yang kami ingat kami berhenti solat & take lunch sekitar jam 2.45 pm di kem tudung periuk..
dengan penat yang dah terasa di badan dan kaki, kami lupa sudah perjalanan kami cam mane..
hehehe
yang kami ingat kami sampai di kem Kasut untuk mendirikan khemah..
agak lewat kami sampai, around jam 9.15pm..
time nie la nak mendirikan khemah, nak solat & nak masak untuk diner lagi...
hurmmm agak menguji kekuatan juga nampaknya kan?
tapi yang penting sekali solat okeyyy..
dah siap solat kami sediakan makan malam
after settle semuanya kami masuk khemah then zzzZZZZ..
*mengumpul kekuatan untuk terus kan perjalanan besok :)
yang sure memang terrrrsangat sejuk, grrrrr suhu sangat rendah sehingga sejuk mencucuk ke tulang hitam..
pagi nie kami bangun & sediakan sarapan..jam 9 pm kami dah ready nak naik ke puncak..
sendi terasa lenguh2 kerana perjalanan yang panjang semalam..
naik ke puncak free body je, bawak barang2 berharga je..
muka ceria abang2 fossil kami :p
nak naik ke puncak mengambil masa lebih kurang 3jam...
boleh tahan lama jugak kan, nasib la free body..boleh la pecut2 sikit, kat bahu takde beban..
heh heh
after 3 hour
in the end
we arrived di puncak Yong Belar :D
.........to be continue