Friday, 28 November 2014

Semua ALLAH Punya

Lihatlah pohon yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

[Semua Allah Punya : Iwan Syahman]


Allah, Allah, Allah
 Semuanya Allah yang punya.
Jika hari ini kita memiliki anak, itu amanah Allah. Jika kita punya harta, itu amanah Allah. Jika kita ada ilmu, itu anugerah dari Allah. Jika kita punya keluarga, itu hadiah dari Allah.
Semua yang diberikan oleh Allah, hanyalah pinjaman, hanya sementara cuma.

Tanggal 28/11/14
Tetiba pagi tu terima text dari kaklong, katanya Jumbo dah nak mati. Sape jumbo nie, jumbo tu monyet kesayangan kami sekeluarga. Kami terkesima baca text tu, terus ambik hanfon call mama.
Saat salam berjawab, kami dengar suara ma dihujung talian. Ya, suara itu. Suara orang menangis. Kami tanya ma, kenapa ma? 
Dengan menahan sebak ma berkata, jumbo dah nak mati.
Kami turut terasa sebak, kerana kami dapat bayangkan kesedihan ma dan adik hakim.

Ala, monyet je pun tak payah la nak tacing2. Kami tahu ada yang akan berkata begitu, takpe mereka tak mengerti kerana mereka tak melalui. Kami terasa kehilangan mungkin disebabkan baru berlaku, bila dah lama sikit ok la nie.
Sudah satu tahun kami jaga, mesti la sayang walaupun jumbo hanya seekor monyet.
Mana mungkin ma tak sedih, anak monyet tu peneman dan bahan gurauan. Adik Hakim dapat jumbo setahun yang lalu, dia mandikan si jumbo. Kadang2 tu dia tido nga jumbo tu, kami adik beradik yang lain pun sama jugak. Asal je balik kampung mesti terus 'terkam' si jumbo. Serius jumbo tu comel. Telatah dia, manja dia, gurauan dia menghibur dan mencuit hati.

Bila nampak adik hakim mesti terlompat2 minta di pegang, bila nampak orang pegang makanan mesti terjerit2 minta diberikan makanan. Allah, sungguh hebat kuasaMU.
Aura seekor binatang mampu membuat kami sekeluarga terasa kehilangan.

 Jumbo

 Makan pun ngan meow

 Gelagat si Jumbo & Comel

Jumbo & anak2 buah

 Video yang selalu membuat kami senyum sendiri & kini buat kami hiba..

 


Akhir kalam, kehilangan itu perit namun ia mengajar kami erti REDHA.
yang ada bukannya kita punya
semuanya Allah yang punya.

Bertenang. Pejam mata. Letak tangan di dada. Seyum.
Cakap dalam hati, apa yang berlaku itu kehendak Illahi.
Aku sebagai manusia, kena sabar & lalui dengan tabah.
:)
In shaa Allah


Friday, 14 November 2014

Dari Seorang AKU

Assalamualaikum w.b.t

 Aku,
Aku wanita.
Ya aku wanita yang berpakaian muslimah.
Aku bertudung labuh menutup dada.
Aku berstoking dan ber"handshock".
Terdengar indah.
Terdengar suka.
Namun hakikatnya,
Membawa imej itu amatlah payah.
Kemana2 menjadi perhatian mungkin kerana tak sangka.
Ya tak sangka.

Dulu.
Aku sama seperti wanita2 di luar sana.
Yang hanya berpakaian tapi buat2 tak tahu di mana aurat sebenarnya.
Aku sama seperti mereka yang hanya memakai tudung di kepala.
Hakikatnya tidak menutup aurat dengan sempurna.
Orang lihat aku berubah.
Kenapa dengan tiba2?
Kenapa drastik saja?
Mungkin itu yang ada di benak mereka.

Wajah ku tenang saja.
Tatkala mereka melihat aku dari atas kebawah.
Aku senyum padanya.
Senyum juga pada diri sendiri untuk menguatkan hati sendiri.
Jadi terkadang aku juga menyapa mereka.
Ada yang senyum semula.
Ada juga yang menjeling tanpa kata.
Aku gagahkan jua.

Aku tahu medan ini bukan untuk orang2 yang lemah.
Bila aku mula melangkah ke majlis2 agama,
Orang memandang aku seperti aku ilmu penuh di dada.
Hakikatnya, aku ke sana kerana aku ingin tahu juga.
Orang mula mengasak asak aku dengan soalan2 seperti aku pengeluar fatwa.
Sedang aku juga pelajar seperti mereka.

Terkadang aku tertanya,
Adakah pakaian ini hanya untuk ilmuan2 yang banyak ilmunya?
Adakah pakaian ini melambangkan dirinya tiada dosa?
Adakah pakaian ini hanya untuk mereka yang bergelar hafiz hafizah?
Lalu, pakaian apa yang tinggal untuk orang orang seperti aku?
Tidak layak kah aku memakai pakaian seperti itu?
Aku buntu.
Sedangkan,
Menutup aurat itu wajib untuk semua dan juga untukku.
Lalu dari mana datangnya sempurna sedang aku juga manusia biasa?

Sedih.
Sangat sedih.
Terkadang aku menangis dalam sepi.
Hiba dalam sunyi.
Andai ini ujian yang aku perlu tempuh di atas kelalaian ku dahulu,
Allah, aku redha ya Allah.
Aku rela andai ini jalan yang kau redhai.
Kerana Allah aku kuat.
Dan demi Allah aku harus kuat.

Aku berpakaian seperti itu bukan bermakna aku ustazah.
Salahkah untuk berhijrah?
Bila lagi nak berubah?
Sedang title kita sekarang pun "bakal jenazah".
Sudah sudah lah.
Cuba lihat dunia saat ini.
Tidak adakah sedikit pun gentar melihat kegoyahan dunia?
Kita semua tahu bahawa hari kiamat itu pasti tiba.
Dan wanita paling banyak menghuni neraka.
Lalu, mengapa kita masih leka?
Seolah2 dunia ini tempat kita selamanya.
Jangan alpa. Jangan leka.
Makin hari, makin banyak petanda.
Masih juga nak tutup mata?
Masih nak pekak kan telinga?
Aku tak kan kata buat lah ikut suka.
Kerana kamu dan aku sama.
Sama2 wanita.

Sebelum kamu menjadi isteri solehah,
Jadi lah kamu seorang anak solehah.
Berbaktilah pada orang tua.
Jangan heret mereka ke neraka.
Hanya di sebabkan oleh dosa dosa kita.
Masih belum terlambat.
Mulakan langkah dengan gagah.
Jangan teragak2 dah.
Masa takkan menunggu kita.
Hidayah takkan datang bila kita suka.
Sebab mati itu bila2 masa.


 




Credit from : Geng Tudung Labuh

Friday, 7 November 2014

Rindu Ini Milik Allah


Assalamualaikum...
alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana hari ini DIA masih memberikan ruang dan peluang. kite masih dihidupkan, masih dipinjamkan nafas, diberikan nikmat yang paling besar iaitu kehidupan.
semoga kita gunakan peluang ini untuk lebih mendekatinya.. in shaa allah :D

Usai solat subuh, tetiba hati terasa sebak. terasa rindu? Ya Allah, rindu pada insan yang telah kembali ke pangkuanMU. rindu pada insan yang pernah menjadi tempat diri ini berkongsi cerita. ku tadahkan tangan, berdoa pada Yang Maha Esa agar ku bisa usir rasa ini. Ya Allah, jangan biarkan rasa ini membuatku berduka hingga membuatku terlupa ini adalah qada' MU.

La Tahzan, innallah ha ma'ana. :')
ingin ku menjadi seperti Rabiatul Addawiyah yang mana cinta dan rindunya hanya pada Rabb.
walaupun ku tak mampu mencapai tahap itu, namun semoga sedikit sebanyak mampu ku contohi akhlaknya.
in shaa allah. aamiin

 ku pohon sedikit kekuatan dariMU Rabb ku.
berikan diriku yang rapuh ini sedikit kekuatan.
kuatkan aku di saat aku jatuh, semoga aku mampu bangkit keranaMU
beri aku kekuatan di saat cubaan datang, kerana ujian itu tanda kasih sayang dariMU.
jangan biarkan aku jauh dariMU
tariklah aku, pimpinlah aku, jangan biar aku leka dengan dunia sementara ini.

Tuhan, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. aamiin
hanya doa mampu ku kirim buat arwah.
hanya doa juga mampu bisa ku kirim buatmu yang kini sedang bahagia.
semoga kamu di anugerahkan iman yang sempurna oleh Allah
ini adalah takdir dari Allah, perancangan terbaik dari DIA untuk kita.
belajar redha menerima takdir Allah lebih bahagia, kerana ku yakin Allah sedang aturkan yang lebih baik buat kita.
yang terbaik bukan hanya di dunia tapi juga di akhirat sana
in shaa allah :)

terima kasih Tuhan atas ujian ini, takdirMU yang terindah,
makin di syukuri, makin terasa keagunganMU.
Allah, semoga kami semua tidak terus hanyut dengan godaan dunia yang sementara
#ALHAMDULILLAH untuk ujian ini

"Terimalah pilihan Allah dengan gembira. Sebab kita tidak tahu hikmahnya. Mungkin kesulitan itu baik daripada kemudahan."
Anugerah Terindah
فاطين اسميدار