Assalamualaikum w.b.t
bukak facebook beberapa hari nie banyak pulak terobek kawan2 kat fB tu..
Terobek 2014 kata mereka
Kite pun bukak la hanpon kite tengok gambo2 sendiri, dorang guna hanpon canggih2 boleh la nak terobek banyak2.. Kita guna hanpon biasa jer, takde gambo selpiaq. Hihi
Walaupun takde gambo selpiaq tapi nak terobek jugak
Jom terobek --->
Kawan kite ada tertengok post dekat group pasal trip pi Penang, apalagi terus dia ajak kite..
Tengok tarikh takde program, 2 week before final exam.. Okey cun, konon nya nak reward diri before exam la nie..
~ 13/12/14 ~
Hari nie awal2 lagi bangun, solat subuh, mandi terus bersiap..
Yela takut jugak orang trip tu tertunggu2 pulak, tak best la kan orang menunggu kite.
Turun dalam kul 7.15 tapi agak ke'frust'an jugak sebab terpaksa menunggu sampai jam 8.00 pagi baru bas trip tu datang.. Masa dah berganjak mesti la timing berjalan tu pun lari dari tentatif..
Hasrat hati mau bercuti menikmati panorama pun rasa macam sedikit hampeh sebab kite diberi tanggungjawab untuk 'tolong' handle kan peserta untuk satu bas..
Bukan taknak tolong tapi amanah tu berat, bimbang tak terlaksana nanti soalan di akhirat terpaksa dijawab
Kira settle semua perkara, ambik peserta dari semua DPP tu lebih kurang jam 9.00 pagi la jugak..
Gerak, then stop kat RnR Gurun untuk makan semua..
Pastu gerak balik, jalan agak jem dekat tol membuatkan perjalanan agak delay la jugak..
First destination kami ialah Penang Hill.. Masa turun bas untuk beratur beli tiket tu terkejut la jugak, berbaris panjang. Ramai sangat orang, foreigner ada Malaysian pun ada.
(Gambar by MR GOOGLE)
Berbual dengan Iera, "mungkin sebab cuti sekolah kot orang ramai"
ayat 'kot' tu mesti tak tinggal
Dah berbaris panjang sakan tu dapat la jugak tiket masuk, murah la sikit sebab kami ada matrix card.
Kira pakej student la nie
Lepas beratur panjang beli tiket, kena beratur panjang lagi sekali untuk naik cable car nie pulak.
Memang sangat2 ramai orang, ada yang bawak family dengan anak kecil. Kesian anak2 panas nak beratur sampai ada yang menangis.
Haa... ramai kan orang yang beratur
Sempat snap masa tengah beratur. SEJARAH
Bukit Bendera nie kami diberi masa dua jam..
Bunyi tu agak lama kan, tapi tolak waktu beratur untuk naik dan turun pun dah satu jam..Kalau kawan2 yang suka bergambar memang tak cukup la jawabnya.. Kami in shaa allah cukup je :)
Pusing2 dulu kat atas nie, beza rasa duk kat bawah tadi dengan duk kat atas nie ialah udara.
Sejuk, angin rasa macam aircond. Tak caya? Nanti pi sini rasa sendiri ye
Cantik background ;)
Key Heart
Masa duk baca nama2 yang tertulis kat benda nie, timbul persoalan dalam hati "agaknya nanti kalau dah putus dorang naik balik kat Penang Hill nie bawak gergaji besi sebab nak buang benda nie".
Kunci hati kononnya, sedangkan kunci hati itu ada pada DIA..
:)
View dah cantik tapi potograper tak berapa nak profesional
Ambik gambo hakak nie satu pemili, comellll
Gambo nie mahal
Walau travel ke Johor, Terengganu, Kedah, Perlis, KL tapi Kelate tetap di hati..
Bukan assabiyah tapi kerana disini lahirnya sebuah cinta
*ober piling
Tengok jam baru pukul 2.00. So, ada setengah jam lagi. Kami pun naik laa solat kat masjid atas nie
Berjalan2 jugak tapi yang wajib takleh tinggal :)
Subahanallah tengok indahnya ciptaan Allah, tapi jangan lupa bersyukur dengan nikmatNya
Lepas solat kami turun tunggu bas, next destination kata pakcik driver tu nak pi Pasar Chowrasta..
Nak makan, sebab semua dah lapor. Kat situ ada jual pakaian murah2 jugak katanya.
Sepatutnya kami ke Batu Feringgi tapi hakak yang bas lagi satu kata tak sempat. Satu tempat telah di cancel :(
Kat Pasar Chowrasta yang pemes nye nasi kandar line clear. Macam mana clear nya kite taktau sebab kite nga Iera tak makan pun.
Dah siap makan & beli barang semua, kami gerak ke Padang Kota Lama
ada apa kat sini? kami pun tak sure, yang kami nampak cuma padang ala2 padang majlis bandaran pastu tepi pantai untuk tangok pemandangan kapal2..
Tempat nie sesuai untuk santai sambil beriadah petang2 dengan famili
Yang bertambah frust nya, kami semua yang bas kedua nie terlepas lagi satu tempat yang jadi tumpuan orang2 yang datang Penang nie..
Kami tak sempat pi bergambo dekat Street Art yang pemes tu, sebab tempat tu tutup pukul 6..
Bas yang pertama sempat pi, kami semua je yang tak sempat..
Lepas solat magrib & isyak kami gerak ke last destination untuk trip nie..
Tempat nie bukak lepas pukul 6 jer, pagi memang tak bukak ye..
Kami pi Pesta Penang. Beli tiket masuk pastu pusing2 laa dalam tu sampai pukul 10 malam
Pusing2 kat dalam nie, macam2 ada jual. Benda pertama beli ialah baju. hihihi
Lepas tu isi perut dulu sebab tadi tak makan.
Siap makan teman Iera belikan baju untuk ayah nga abang2 dia
Kedai2 yang ada kebanyakan pakaian laa
Kat dalam nie ada taman mini, yang taknak beli pape tu boleh la lepak2 kat dalam nie.
Ala2 i-city gitu, pokok berlampu2, bangku berlampu sampai lady bird pun berlampu.
Peaceeee dari Iera :D
Selain dari kedai yang jual2 ngan taman mini nie ada jugak Fun Fair.
Macam2 mainan ada. Ada vortex, topgun, rumah hantu, xcoaster, euro wheel dan ada lagi mainan yang kite lupa nama. Nak naik mainan nie semua pakai token, beli token baru boleh naik ya.
Iera ada ajak naik vortex tu, ada pulak ajak main benda tu. Kite nie dah la pakai skirt, mau nya naik benda tu..
Okey tepat kul 10.30 malam semua dah cukup naik bas, kami pun gerak balik UUM yang tercinta.
Masing2 dah penat seharian berjalan, memang dah nampak muka rindukan katil semuanya..
Kononnya nak ambik view Penang Bridge yang ohsem tapi tak sompet la pulak.
Gambo jalan nie je yang sompet
Apa yang pahit di lalui hari ini jadikan pengajaran supaya tak berulang lagi
Apa yang manis simpan sebagai kenangan
Rencah hidup, ada manis dan ada pahit
Ada jodoh, panjang umur dan dengan izin-Nya satu hari nanti In shaa allah sampai lagi kite di Pulau Mutiara nie..
Sekian
Kisah terobekkkk