Day 2, 21Sept
Alhamdulillah, terjaga tepat jam 6 am. Bunyi alarm hanfon, tidak terdengar suara azan sebab kat area pulau nie takde masjid. Yang ada cuma surau jer sebelah bilik kami.
Bangkit untuk menunaikan kewajipan.Sentiasa berdoa agar diri ini sentiasa mengingatiNya di kala Dia berikan kedukaan juga kesenangan :)
Siap mandi dan solat, kite keluar santai di beranda bilik. Ambil mood dan ambil angin pagi pantai. Nyaman.
Tanpa asap, tanpa debu, tanpa sampah yang berlonggokan.
Ya Rabb, terima kasih atas pinjamanMu ini.
Bila langit dah mula terang sikit, kite ke pesisir pantai. Berjalan. Hanya berteman angin pagi dan deruan ombak.
Satu perasaan yang takleh nak gambarkan, hanya diri yang merasa.
Rugi la kalau datang travel tapi bangun lewat kan? tak rasa nikmat berada di tempat tu.
Ada jugak pengunjung lain yang bersantai tepi pantai, mungkin juga mencari mood seperti kite ^^.
Sunrise
Sambil berjalan sekitar chalet nie, kite ternampak ada banner2 yang tergantung. Boleh la kongsi info sikit kan. Kat sini ada sediakan taxi service, harga depend on destination dan time la. Kalau siang harga dia macam yang tertulis kat banner tu, tapi kalau malam tambang dia double la. Mungkin atas faktor keselamatan kot. Harga tu just for one way, kalau nak pergi balik kena paid double la. Jangan risau, orang kat sini baik2 semuanya, kalau pandai negotiate boleh murah.
Semalam kawan Ciklie ke Long beach dapat harga RM35 jer untuk pergi dan balik, sepatutnya harga dia RM50 tapi ada diskaun tu.
Taxi
Bagi yang nak diving pun boleh, kat sini ada tempat khas dia. Yang nak buat lesen pun boleh, pasal harga tak pasti sangat la. Biasa nya RM700 and above
Matahari pun dah mula meninggi, cuaca pun dah terang. Pengunjung pun ada dah yang keluar untuk ambil angin dan ambil gambar :D
Jadual kami hari nie, jam 8 am makan
pagi. Siap makan pi duk atas buai. Jam 9.30 bersiap2 sebab pagi nie ada
aktiviti snorkeling > <
Jam 9.50 am kami semua dah get ready atas bot, semua awai siap. Maklumlah eksaited nak bersnokerling katakan. Tempat pertama yang kami pi snorkeling taktau apa namanya, tapi kat situ agak ramai orang.
1st sampai tengok view macam familiar, macam Krabi gitu (tangok gambar Krabi kat google je). Agak lama jugak snokerling kat sini, tapi takde gambarnya. Almaklum la semua kamera tak boleh masuk dalam air, agak frust sebab takleh nak capture gambar underwater.
Subhanallah
Takjub dengan kuasa Allah.
Apa yang ada di laut tiada di darat. Cantik sampai taktau camne nak gambarkan.
Tengok dari atas nampak macam batu tempat berpijak dekat je, sekali selam kepala di air.
masya Allah dalam nya. Kite bukan tak pandai berenang, cuma kite tak belajor jer. hik hik hik > <
2nd checkpoint kami pi tengok penyu. Sampai2 je, driver bot parking terus terjun. Kononnya nak berenang bersama penyu la. Bila penyu turun sampai ke dasar, semua tengok dari atas jela. Kite tak pakai gas, so tak payah berangan nak kejar penyu ke bawah la. Dah agak lama berenang-renang ke tepian bersama penyu, kami ke checkpoint seterusnya.
Kami ke Taman Laut bagi makan ikan. Beli roti satu plastik tapi setengah plastik je tinggal, di makan oleh tuan ikan kat atas bot.
Kalau tadi berenang ngan penyu, sekarang berenang ngan ikan pulak.
Hi hi hi
Jadilah seperti ikan
Jinak2 ikan, diberi makan ia makan
Mau di tangkap, ia lari
(Tiba2 berkarya)

Abis roti, kami naik ke bot dan bergerak ke checkpoint last. Taman Jerung.
Mula2 tu taknak turun, takut jugak ada jerung yang berkenan kat kite nanti. Lalalala =.=
Tapi dah jadi gian air laut pulak, sebab nanti kat darat air dah tak masin kan :)
Ada jerung yang muncul, tapi anak jerung jer. Selamat.
Dah lama berjerung kat sini, kami pun balik chalet. Lebih kurang jam 12 p.m gitu. Good timing, boleh makan terus. Mandi dan bersiap pastu makan.
Tunggu waktu zohor, pastu lepak sorang2 tepi pantai. Lepas asar, Ciklie and the geng main bola tampar. Okey, kite jadi pengadil dan photograper dolang2 tu.
Malam lepas solat magrib ada BBQ, termasuk dalam pakej la.
Makan kenyang2 tido pun lena.
Day 3, 22 Sept
Last day. Bangun solat subuh cam biasa pastu turun tepi pantai. Ambik angin laut
Lepas
nie taktau bila lagi boleh sampai pulau kan. In shaa Allah ada rezeki
nak sampai lagi kat pulau, tapi mungkin ditempat yang lain bersama orang
lain.
Kite selalu monolog dengan
diri, hidup nie pengembaraan. Selagi mana niatmu berjalan di bumi Tuhan
untuk melihat dan meghargai ciptaanNya, Dia akan permudahkan.
Sekitar jam 11.30 a.m kami serah kunci, lunch, tangkap gambar last moment kat sini pastu naik bot nak balik.
Tuhan
Andai bukan dengan izinMU, tiada kami di sini
Semoga kunjungan kami untuk kali ini ke sini di iring redhaMU.
Kami berharap agar kunjungan ini meninggalkan kebaikan, untuk kami, untuk penduduk di sini juga untuk semua makhlukMU.