Sunday, 26 May 2013

Bila Tiba Masanya

Assalamualaikum wbt...

hari nie hari Rabu, tanggal 22 Mei. Syukur alhamdulillah, Tuhan masih lagi memberiku nafas.. aku matikan alarm fon ku & ter'perasan ada msg, mungkin dari celcom (fikir hatiku). dgn malas aku buka juga, rupanya dari achik.  Inna lillahi wa'inna illaihi roji'un. tersentap aku membaca msg yg di hantar. jiran sebelah rumahku meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada jam 1pagi tadi. 

umurnya muda dari aku, tahun nie baru 18 tahun. bergetar hatiku menahan tangis (aku memang suka menangis, 'kata along banyak airmata' ). Kematian itu pasti, sama ada tua ataupun muda.
setelah mandi & menunaikan solat subuh, aku menadah tangan berdoa pada Tuhan supaya tempatkan arwah di kalangan org beriman. amin



semoga kita yg masih hidup insaf & mangambil pengajaran atas ape yg berlaku. kerana kita tidak tahu adakah lagi hari esok buat kite semua.

"Tiga perkara sudah dijanjikan Allah SWT yg tertulis di Lohmahfuz kpd semua umat manusia iaitu rezeki, jodoh & ajal. Perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya.
Usahkan ribut, taufan sekalipun tidak akan boleh mengganjakkan janji ini. Hanya doa yg mampu kita pinjam sebagai pena utk mencoret kpd kisah pengakhir janji Tuhan itu."

"Berdoalah wahai manusia krn itu saje senjata yg kita ada dalam menangani janji & sumpah Allah SWT.
Dia Maha Mendengar & Dia lebih tahu apa yg kita perlu. Biar separah mane pun luka yg merobek hati kita, berdoalah. Allah SWT Maha Mendengar.


No comments:

Post a Comment