solat lima waktu sehari cukup(wlpn kadang terlewat). puasa pun Alhamdulillah. nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah (agaknya kot). tapi aku rasa diri aku ini tak cukup baik. nak tau nape? sebab bila aku tengok kawan2 yang lain, kawan2 aku pakai tudung labuh & berbaju kurung (sangat sopan). dengan sendiri nye aku rasa aku ini tak baik. aku nak berubah tapi aku rasa susah. aku pernah terpikir, rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl, tudung biasa dan pashmina.
takkan kena buang semua tu???
tapi aku tanam azam dalam diri, sampai bile aku nak cam nie?
aku kena kuat, aku kena berubah. aku berdoa2 & terus berdoa minta di berikan kekuatan.
aku percaya kalau kite berubah ke arah kebaikan, Allah SWT akan anta org yang baik2 untuk bersama kite.
tu yang aku pegang.
kerana aku malu, aku nak berubah. aku malu pada Tuhan, dosaku menggunung, dosaku tidak terkira.
dosaku lebih banyak dari pasir di lautan.
aku malu, aku malu, aku malu pada-Nya.
mula2 tengok org berubah mungkin tak perasan, tapi bile makin lama makin nampak perubahan nye.
mungkin ada yang cakap, Alahamdulillah dia dah berubah. nampak lain sekarang. tapi mungkin ada juga yang cakap, tengok la dia sekarang selekeh betol. pakai baju besar2 camtu, pakai tudung serabai je nampak. tak style langsung (mungkin kategori org camtu takde kat sini kot).
biarkan, kite berada pada jalan Allah SWT & untuk mencari keredhaan-Nya.
itu hanya pandangan manusia. cuba jadi tegas! manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. ingat ! kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia.
nie bukan marah tapi tegas dan semangat ^_^
kite selamanya takkan pernah tahu ape yang akan berlaku pada masa hadapan. tapi kita boleh mengubahnya dari sekarang. ape yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha?
bile org berubah kite akan cakap, dia dah hidayah dai Allah SWT. kalau begitu, bile pula nye giliran kite? adakah kite rasa kite juga akan memperoleh hidayah? jika tidak, tak mahu kah kite sendiri cuba mencari hidayah-Nya? (org yang bernama hidayah, tak di tujukan pada kamu ya)
apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan?
cuma Allah SWT yang boleh tentukan sama ada kite layak @ tidak.
ketahuilah Dia Maha Pengampun. usah pedulikan pandangan orang lain, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya bersama air mata taubat seorang hamba!
akan ku cuba untuk berubah, aku akan kuat kan semangatku untuk berubah.
kerana aku tahu
Allah sentiasa bersamaku :'(
No comments:
Post a Comment