Monday, 21 October 2013

Berembum Expendition ",

assalamualaikum
dah lama aku tak buka belog nie, rindunye ;)
tak sabar juga nk berkongsi story mory nie, hehehe. ingat tak masa aku semester 2 dulu aku pernah habaq aku nak hiking bukit yang lebih tinggi dari puncak vista kan?
nah ini dia, alhamdulillah hajat aku tercapai.
suke nye ^.^

korang agak2 gunung ape yang aku naik? cer teka.
aku mendaki gunung Berembun :)
mesti korang tertanya2, gunung ape tu tak pernah dengar pun. betol tak?
 haaaa masa 1st time kawan aku ajak pun aku pelik jugak.
and masa aku call mom untuk ask permission, ma aku pun tertanya2 kat mane berembun tu.

kalau korang nak tau, gunung berembun nie kat terengganu. lokasi nye di hulu dungun.
aku join ekspidisi nie under seketariat rakan muda (SRM) UUM.
ada juga beberapa peserta yang join nie dari UMT & UMK.
kami sampai di hulu terengganu lebih kurang 8.00 pagi, after breakfast semua la tu.
masa sampai di kaki gunung tu, hati terdetik 
subahanallah, cantik sangat  O_o

kami ada 6 orang guide, before starting tu ada la buat briefing sikit pasal gunung.
masa starting hiking tu biasa2 je, tapi aku rasa semangat lain macam je. pemandangan nye cantik & trek yang kami lalui menyusuri air sungai yang jernih.


 Air Terjun Chemerong
 
tapi bile masuk jam yang kedua mula la terasa keletihan nye.
dengan memikul beg yang besar ditambah pula laluan yang agak mencabar kerana kedudukannya yang menegak. 

lebih kurang 3jam mendaki, kami berhenti di perhentian yang diberi nama kem Balak.
aku bernasib baik kerana sampai agak awal, kawan2 lain yang lambat terpaksa meredah hujan untuk sampai ke kem balak. hujan sangat lebat.
di kem balak, kami berhenti beteduh sekaligus makan & solat.

dah settle semua nye kami meneruskan lagi pendakian kami, trek agak berlumpur & licin (maklumlah lepas hujan kan). guide mintak kami berhati2 supaya tak jatuh.
agak laju juga pergerakan, lepas makan la katakan hehehe.
lebih kurang 15 minit mendaki, mental dan fizikal kami diuji lagi dengan trek menegak. namun dengan keazaman yang tinggi, kami berjaya tiba di Kem Y untuk bermalam.

tergesa2 buka khemah sebab hari dah gelap, nak siapkan makan malam lg.
ketika men'celup' kaki ke dalam sungai untuk berwudhuk, aku rasa sejuk nye sampai ke tulang putih.
ya Allah,sejuk sangat2.
walaupun menu makan malam kami hanya nasi putih, sardin & telur goreng tapi aku rasakan sangat berselera. makan beramai bersama kawan2 memang menyelerakan.

dah settle semua kemas barang masakan, masing-masing mengambil tempat untuk melelapkan mata dan merehatkan badan bagi meneruskan separuh perjalanan keesokannya. 
dalam pukul 6 pagi kami bangun untuk solat & sediakan breakfast. masa bangun tu badan sangat kesejukan hingga menusuk ke tulang belulang.

dalam pukul 10 semua dah clear, tapak khemah dah bersih. guide kami bagi info sikit pasal laluan pendakian hari nie then buat warm up sikit.
sediakan air yg cukup kerana kami akan mendaki lebih kurang 3jam untuk sampai ke puncak.
mendaki sebelah pagi lebih enjoy sebab badan segar, tapi agak memenatkan kerana trek sangat menegak.
 terasa seperti merangkak masa nak naik ke puncak tu. banyak kali kami berhenti untuk menghilangkan keletihan.



at the end, kami berJAYA :)

berehat di puncak lebih kurang sejam sambil makan & bergambar.
then kami teruskan pendakian ke tapak perkhemahan terakhir kami iaitu di Air Terjun Langsir.
macam biasa pasang khemah, mandi, masak & makan. malam terakhir kami disini, kami diberi peluang berehat & menikmati keindahan ciptaan Illahi.

hari berikutnya agak awal aku bangun, siap solat subuh aku menyaksikan keagungan & kekuasaan Allah s.w.t.
menyaksikan matahari terbit turut melahirkan rasa syukur kepada-Nya kerana masih dipinjam kan waktu untuk terus bernafas pada hari ini.
Subahanallah
Alhamdulillah
Allahu akbar

 keindahan ciptaan Illahi

pagi nie kami men'clear' kan tapak khemah. kami akan meneruskan perjalanan menuruni gunung :)
dalam pukul 10 kami gerak turun, geng2 nampak enjoy je. nak balik la katakan, hehehehe.
perjalanan turun dari air terjun langsir - sungai bangan - kem balak - air terjun chemerong - kaki gunung.

 walaupun enjoy tapi sangat mencabar juga, kerana hujan lebat selebat nye. so kami kena berhati2 supaya tak jatuh & cedera.
aku sampai di kaki gunung pukul 6.15 pm, & peserta terakhir yang sampai pada pukul 8.00 pm.
alhamdulillah semua nye selamat :)
insha'Allah jika masih diberikan peluang, aku nak daki lagi gunung nie & gunung yang lagi tinggi.

remember that :
"Pengalaman & kenangan tak boleh dibeli dengan duit"
 terima kasih Tuhan atas segalanya
terima kasih family atas sokongan kalian
terima kasih kawan atas dorongan
terima kasih buatku atas keberanian :)




No comments:

Post a Comment