Saturday, 28 February 2015

Tentang Pilihan

 Motivasi Diri

Pernah tak terfikir yang segala pilihan yang awak buat, sebenarnya telah ditentukan oleh Tuhan? tak pernah? sebab tu awak susah redha.

kadang-kadang awak fikir, kenapa buat pilihan begitu begini. kadang-kadang awak berharap masa berputar kembali supaya awak boleh pilih lain.

sebenarnya awak silap. kalau semua benda boleh diputar balik ke belakang, tak ada la yang dikatakan hikmah.

awak buat pilihan, tapi pilihan tu tak membahagiakan awak. kenapa? adakah awak salah pilih? tak, sebab ia dah ditakdirkan.

bukan maksudnya awak kena menyalahkan takdir. pilihan yang awak buat tu sebenarnya atas izin DIA. kun fayakun. ingat? semua atas izin-Nya.

ada sebab kenapa kadang-kadang pilihan awak salah. sebab Tuhan nak awak belajar sesuatu dari situ.
ingat, kata ‘Maha’ bukan dicipta untuk manusia. Tuhan biar awak salah, supaya awak belajar mengenal punca masalah.

contoh, awak suka pada seseorang & seseorang itu khianati awak. awak mesti fikir, kan bagus masa putar balik. dah tentu awak tak pilih dia. tapi awak silap sebenarnya. Tuhan izinkan awak rasa cinta dan kecewa, sebab DIA nak ajar ada cinta yang tak perlu sebelum tiba masanya.

katakanlah awak bercinta dan bahagia. tapi tanpa pernikahan. dah tentu sikit sebanyak cinta awak tu hampir kepada noda, maksiat.
jadi datang hikmah, yang berupa kekecewaan, supaya awak sedar, cinta sebelum nikah tu sia-sia.

Tuhan tu Maha Mengetahui. DIA tahu setiap nafas, setiap upaya, setiap rasa awak. bukan DIA sengaja biar awak kecewa, sedih. tak.
cara Tuhan bekerja ni lain. DIA bekerja penuh rahsia. lalu DIA bagi awak kesedihan, supaya awak belajar sesuatu tentang pilihan.

jika pilihan yang awak buat sekarang menyedihkan, move on. di hadapan ada pilihan lain yang lebih baik inshaAllah.
tak guna awak bersedih tentang pilihan yang salah setiap hari. sedangkan Tuhan beri nafas supaya awak hidup melangkah untuk hari esok.

apa pun pilihan yang awak buat, dan sama ada ia buat awak gembira atau terluka, awak cuma hamba kepada Tuhan.
ada sebab kenapa Tuhan beri awak sama ada gembira atau kecewa. sebab DIA nak kita lebih dekat pada DIA.

dan apa jua pilihan yang awak buat, sama ada pada akhirnya awak gembira atau kecewa, awak belum mati. masih ada masa untuk buat sesuatu.
just don’t die before the time come. jangan mati sebelum tiba ajal. maksudnya jangan mengalah selagi ada nafas. teruskan mencari.

kecewa, bahagia, senyum, menangis, terluka, gembira, there’s so much to live in this life. and it’s all worth it.
apa jua yang awak rasa semasa hidup ni, nikmatilah ia. sebab semua benda ada nilai dan hikmah tersendiri.
walaupun yang datang pada awak cuma benda-benda musibah, yakinlah kalau tak di dunia, di akhirat ada yang lebih baik.

sebab selagi awak boleh buat pilihan, berikhtiar la untuk cari pilihan yang baik. kerana cuma orang mati yang tak ada pilihan dah.

live your life. smile, and always pray to Allah. even though you have to go through a lot of sorrow, believe that it’s worth it :)”

 Copy paste from



Friday, 27 February 2015

Begin. . . again. . .



Assalamualaikum…
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana Dia masih mengizinkan kite semua bernafas di bumiNya sampai saat ini..Alhamdulillah
22 feb start new sem, alhamdulillah dah sem 6 dah kite. Berbaki two more sem, in shaa allah.
Bermula sem baru di tahun baru 2015, dengan semangat baru, di tempat baru, rummet baru, cerita baru, baru, baru & baru.

Semoga permulaan baru ini bermula dengan penuh barakah dari Allah, aamiin. Semester nie kite dipindahkan ke DPP baru. Sejujurnya sedikit kekok dengan environment yang totally different dari DPP yang lama. Mula-mula nak sesuaikan diri agak susah sikit tapi in shaa allah kite boleh. DPP lama tempat kite menginap tu sedang renovate until bulan March katanya, so ramai student yang di pindahkan ke DPP lain. Imah rummet lama kite pun pindah ke sini jugak, kat DPP Petronas tapi tak sama bilik laa. Ira pulak ke DPP Bank Rakyat, ter’campak’ ke Kachi la dia untuk sem akhir berada di UUM. 

Feeling? Of coz agak surprised masa check nombor bilik, rasa macam taknak balik UUM time tu.
Kite pujuk diri sendiri, bagitau hati. Apa yang kite telah lalui, sedang lalui dan bakal lalui ini adalah takdir Allah. Dan takdir dariNya adalah yang terrrrbaik. Dia takkan aturkan sesuatu dengan sia-sia.
Percaya, yakin, tanam dalam diri. Kite pegang kata-kata tu, in shaa allah apa perasaan buruk yang kite rasa kite tolak tepi. Merenung ke luar bilik, dengan mata berkaca (mata masuk habuk)dan dengan tenang bisikkan pada hati “inilah takdir Allah untuk aku,pasti ada hikmah dariNya”.

Benar…
Pasti ada hikmahnya :)
Ya Allah, ini takdirMU untuk ku. Ku mohon, ajarkan aku untuk menerimanya dengan redha agar ku dapat ku gapai redhaMU di sepanjang perjalanan hidup ini..
Aamiin Ya Allah