Assalamualaikum…
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana Dia masih
mengizinkan kite semua bernafas di bumiNya sampai saat ini..Alhamdulillah
22 feb start new sem, alhamdulillah dah sem 6 dah kite. Berbaki
two more sem, in shaa allah.
Bermula sem baru di tahun baru 2015, dengan semangat baru,
di tempat baru, rummet baru, cerita baru, baru, baru & baru.
Semoga permulaan baru ini bermula dengan penuh barakah dari
Allah, aamiin. Semester nie kite dipindahkan ke DPP baru. Sejujurnya sedikit
kekok dengan environment yang totally different dari DPP yang lama. Mula-mula
nak sesuaikan diri agak susah sikit tapi in shaa allah kite boleh. DPP lama tempat kite
menginap tu sedang renovate until bulan March katanya, so ramai student yang di
pindahkan ke DPP lain. Imah rummet lama kite pun pindah ke sini jugak, kat DPP
Petronas tapi tak sama bilik laa. Ira pulak ke DPP Bank Rakyat, ter’campak’ ke
Kachi la dia untuk sem akhir berada di UUM.
Feeling? Of coz agak surprised masa check nombor bilik, rasa
macam taknak balik UUM time tu.
Kite pujuk diri sendiri, bagitau hati. Apa yang kite telah
lalui, sedang lalui dan bakal lalui ini adalah takdir Allah. Dan takdir dariNya
adalah yang terrrrbaik. Dia takkan aturkan sesuatu dengan sia-sia.
Percaya, yakin, tanam dalam diri. Kite pegang kata-kata tu,
in shaa allah apa perasaan buruk yang kite rasa kite tolak tepi. Merenung ke
luar bilik, dengan mata berkaca (mata masuk habuk)dan dengan tenang bisikkan
pada hati “inilah takdir Allah untuk aku,pasti ada hikmah dariNya”.
Benar…
Pasti ada hikmahnya :)
Ya Allah, ini takdirMU untuk ku. Ku mohon, ajarkan aku untuk
menerimanya dengan redha agar ku dapat ku gapai redhaMU di sepanjang perjalanan
hidup ini..
Aamiin Ya Allah
No comments:
Post a Comment