Assalamualaikum w.b.t
annyonghaseyo (^_^)_/
istidraj? ape tu? kami pun baru tahu istilah nie..
teringat kembali perbualan bersama seorang sahabat, dia bertanyakan 1 soalan yang agak menarik..dan soalan nie pernah kami tanya seorang sahabat karib kami..
"kak, kenapa Allah bagi orang Cina tu berjaya? sedangkan mereka tak sujud pada Allah, mereka tak buat perkara2 yang Allah larang..
bukan orang Cina je, orang Melayu pun sama, mereka buat perkara yang Allah murka tanpa rasa bersalah tetapi mereka lebih berjaya dari orang yang lakukan suruhanNYA..
kami tak pelik sebab kami pun pernah terpikir perkara nie, kami berikan sedikit penjelasan berkenaan soalan tu.. tapi masa tu kami taktau ape istilah bagi situasi nie..
ye, Allah berikan mereka kejayaan supaya mereka lalai, supaya mereka makin menjauhi Allah..
manusia sebegini lebih cintakan dunia berbanding akhirat..
nauzubillah, semoga kita tidak tergolong dalam golongan ini..
Ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam
bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis
dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup
mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula
orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya
tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup
kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah,
orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak
kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Kita tahu bahawa, sesiapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan
dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini
tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh
cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar,
tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih
berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Kenapa begitu?
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat
bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat
maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh
Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan
seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah
ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah
seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia
yang mendapat istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH
memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk
manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang
mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan
ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang
mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang
manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci
kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh
orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala
perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin
hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak
digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan
semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh
menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU.
Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi,
rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam
bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang akan timbul di dalam hati
kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan
maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan.
Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa orang tersebut?
Rasanya, mesti 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka janganlah merungut dan gusar bila kita tidak berjaya. Teruskan
berusaha dan cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang
perlu dijaga. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik,
insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat lagi satu kisah yang mana:
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi
muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah
berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca
bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak
ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari
itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu,
KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang
menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat
rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi
HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU
suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda
kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walaupun sudah
berusaha, gagal dalam perniagaan walaupun kemas menyusun strategi. Itu
semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk
mereka yang dikasihi.
Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih
belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya,
bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa
bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah
tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil kita
suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda
merana. Anda mahukan istidraj? Tentunya Tidak Kan..
Rasanya,
persolan begini selalu bermain difikiran sesetengah orang. Sebab itulah,
muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah
hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku
berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau
lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Untuk sama-sama mendapat muhasabah, kadang-kadang terlupa & kurang
bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. telah berikan.
Subhanallah..Wallahua'lam.