Monday, 12 May 2014

Ummu Sulaim : "Cintaku bukan untuk musyrik"

assalamualaikum w.b.t

hari ini terasa seperti ingin berbicara tentang cinta..
kenapa, mengapa, awat, bakpo, pasai po, why??
kami sendiri pun tak pasti apakah jawapan nye  >__<

cerita cinta ini bukan cerita cinta kami, tapi cerita cinta Ummu Sulaim..
Ummu Sulaim... Sebuah nama yang pernah menggegar sirah Islam dengan kehebatannya sebagai seorang wanita besi. Ummu Sulaim adalah ibu kepada Anas, iaitu pembantu  serta anak didik Baginda Nabi SAW yang banyak meriwayatkan hadis.

Ada sebuah kisah cinta yang kami fikirkan menarik untuk dipersembahkan. Semoga kisah ini membuatkan kita menilai bahawa selama ini cinta kita itu pada siapa? Dan setulus mana cinta itu dengan ajaran Islam yang sebaiknya? Mari kucoretkan kisah ini agar menjadi pengajaran buat dua hati yang sedang menanti hari...

semenjak kematian suami, Ummu Sulaim bersendirian membesarkan anak kesayangannya, Anas. Banyak lelaki yang mencintai dan melamarnya. Namun semuanya ditolak. Ummu Sulaim berjanji kepada dirinya, dia tidak akan bernikah semula selagi anaknya Anas belum cukup dewasa. Anas dihantar ke rumah Rasulullah SAW untuk menjadi pembantu kepada Baginda. Ummu Sulaim mahu Anas membantu dan belajar daripada Rasulullah SAW.

Masa berlalu dan Anas meningkat remaja. Datanglah Abu Talhah untuk melamar Ummu Sulaim. Abu Talhah adalah seorang yang mempunyai kedudukan dan pengaruh yang kuat di Madinah. Sebaik menemui Ummu Sulaim, Abu Talhah menyatakan hasrat hatinya itu. Ramai orang yang memujuk Ummu Sulaim supaya menerima lamaran dan menyahut cinta itu. Namun, Ummu Sulaim memandang dan berkata, "Cintaku bukan untuk musyrik!"

Abu Talhah terpaku dengan kata-kata Ummu Sulaim. Lantas dia bertanya, apa yang harus beliau lakukan?
Jawab Ummu Sulaim, pergilah bertemu dengan Rasulullah SAW dan nyatakan hasrat hatimu itu. Tanpa menunggu lama, Abu Talhah menuju ke rumah Baginda Nabi SAW dan menyatakan hasrat hatinya itu. Demi cinta suci seorang lelaki kepada wanita Muslimah dan demi cinta abadi seorang Muslimah kepada Tuhannya, Abu Talhah memeluk Islam di hadapan Nabi SAW dan para sahabat.
Lalu, Abu Talhah pun dinikahkan dengan Ummu Sulaim dengan berwalikan anak Ummu Sulaim sendiri iaitu Anas.

Tahukan kamu berapa mahar umntuk pernikahan Ummu Sulaim itu?
Mahar Ummu Sulaim terlalu mahal harganya. Tidak terbeli oleh sesiapa tanpa kehendak-NYA. Mahar itu terlalu bernilai, sehingga mampu "membeli" syurga. Mahar itu ialah ISLAM!

ya, Abu Talhah menikahi Ummu Sulaim dengan mahar keIslaman dirinya. Subahanallah... betapa hebat dan tingginya cinta seorang wanita pada agamanya. Sehinggakan dengan cintanya itu, seorang lelaki yang mencintai dirinya terselamat daripada gelapnya kemusyrikan dan kekufuran. Betapa hebatnya cinta Ummu Sulaim untuk agamanya. Buktinya, harta Abu Talhah tidak langsung berharga berbanding keIslaman bakal suaminya itu.

Begitulah rasa cinta kepada insan yang mendahulukan cinta kepada Allah. Kesungguhan Abu Talhah mengejar dan membuktikan cintanya hingga "berhijrah ke arah cahaya" berjaya menambat hati wanita besi, Ummu Sulaim. Kehebatan Abu Talhah sesudah Islam bermula dengan CINTA.

Subahanallah..hebatnya cinta Ummu Sulaim :')




cerita ini kami petik dari buku Buat Bakal Isteriku
by : Ibnu Rijal 


No comments:

Post a Comment