assalamualaikum...
ape kabar iman di hati ? harapnye semua sihat ye ^^
tengah duk tengok info2 kat facebook, tetiba tertengok 1 posting dalam group..
ambik hanfon terus contact number tu.. alhamdulillah katanye ada kosong lagi, apalagi terus bagi nama.
dah lama kami simpan angan-angan nak naik Gunung Jerai nie, masa sekolah menengah lagi..sebab dah selalu sangat lagu Cinta Pantai Merdeka
"ku ukir namamu di awan gunung jerai, disaksikan laut daun nyiur melambai......."
terasa termimpi-mimpi sudah sampai di puncak >_<
dah settle bagi nama, call ma bagitau nak hiking..
jawapan ma, awak nak naik gunung lagi.. ma risau la, banyak sangat kes orang hilang masa hiking..
ma bagi alasan kukuh berserta bukti supaya kami batalkan hasrat, hurmmm camne nk pujuk ma..kami pun bagi la alasan kami sendiri yang kami rasa ma akan setuju
dan alhamdulillah ma bagi..kami tau ma kami akan izinkan sebab ma yang paling kami
sebelum letak fon, pesan ma "awak nak buat papepun ma izinkan, ma percaya kat awak..tapi ingat, awak pandai2 jaga diri & jangan lupa awak bawak nama ma & abah"..
yes, itulah pesan ma yang tak pernah kami lupa..
ma yang paling faham kami...tetiba teringat kampung :'(
sedikit info tentang Jerai by incik google ^^
Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 1,217 meter.
Pengembaraan Bermula
kami mula bergerak dari UUM lebih kurang jam 8 pagi..peserta seramai 41 orang (kalau tak silap)
dalam bas masing-masing tidur, maklumlah kalau dalam bilik time rehat lagi jam 8 nie..stop breakfast kat RnR Gurun kejap pastu sambung balik perjalanan..lebih kurang jam 10 lebih camtu kami sampai di Kuala Muda untuk sesi taklimat..
berselfieee selepas sesi warm up =.=
selepas warm up, baca doa dulu.. mintak dipermudahkan perjalanan, dan semoga semuanya selamat sampai ke puncak
aamiin...
bermula pendakian di tangga kenari 1000 tahun. bermula dengan trek anak tangga, bilangan anak tangga tak sure sebab tak sempat nak kira.. seriously memang penat kalau daki anak tangga, kami memang tabik sape yang suka huking melalui tangga. dekat UUM bilik level 4 pun dah semput rasanya. Gunung Jerai tak macam gunung yang pernah kami naik sebelum nie, setiap checkpoint nye takde tanda aras mahupun nama spesifik.
then teruskan lagi pendakian. dah takde tangga lagi, alhamdulillah takde lah penat sangat.
2nd checkpoint, kami nama kan checkpoint 'wakaf' ^_^
then teruskan lagi pendakian. dah takde tangga lagi, alhamdulillah takde lah penat sangat.
tapi dah ada kawan2 lain yang mula naik free body.. mane beg diorang, geng2 laki yang bawak.
Ya Allah, angan-anganku menjadi nyata..
syukur alhamdulillah..
view at Regency Hill Resort
berehat sebentar bersama 100plus
setengah jam menikmati pemandangan di Regency Hill Resort..
biarkan gambar yang berbicara
jam 5.45 p.m kami sampai di tapak perkhemahan. 1st thing to do is solat..
alhamdulillah senang, kat sini ada surau dan tandas.. utamakan yang wajib..
selesai solat kami mengambil peluang menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t
kat atas nie ada kolam, ada taman permainan, ada surau, ada tandas, ada wakaf..
tempat nie tempat perkelahan juga tempat rekreasi
dari atas nie boleh nampak negeri Kedah.. mungkin nampak juga UUM yang tercinta, tapi kami taktau yang mane satu. hehehe, banyak sangat bangunan.
hari pun dah makin gelap, lepas makan kami mandi & ready untuk solat magrib dan isyak.
jam 9 malam, mulakan aktiviti BBQ.. menyembang di hadapan unggun api, bercerita, melihat bintang di langit, bergurau senda dengan kawan2.. satu masa nanti, kami akan merindui saat ini :(
salah satu sebab kami suka hiking ialah dapat kenal kawan baru..
bertaaruf menjalinkan ukhwah.. berkongsi minat, berkongsi pengalaman, berkongsi cerita..
jam 12, time to sleep..macam cinderella la pulak, hehehe ^.^
esok nak bangun awal, takut terbabas solat subuh..
zzzzZZZzzz
Assolaatu khairun minnan naum
tersedar dengar azan dari surau berdekatan.. alhamdulillah, masih di panjangkan umur..
selesai solat subuh, terus tunggu.. tunggu matahari terbit
nampaknye matahari naik dari arah lain, ini je mampu..
tengok view je, abaikan orang yang menyibuk tu..
dengarlah suaraku yang sumbang
"Ku ukir namaku di puncak Gunung Jerai, bersaksikan langit dan sawah padi luas terbentang.. lalala~~~ "
dengarlah suaraku yang sumbang
"Ku ukir namaku di puncak Gunung Jerai, bersaksikan langit dan sawah padi luas terbentang.. lalala~~~ "
lepas breakfast & warm up, bermula perjalanan turun...
takde gambar, hanfon dah lowbat.. hehehe..lebih kurang jam 1 kami sampai di bawah, agak penat sebab kami turun melalui jalan tar.
sampai kat bawah tukar baju yang lencun dek peluh & solat zohor..nampaknya bas sudah menanti untuk balik ke UUM yang tercinta..
last pitcure dari Mount Jerai sebelum gerak balik UUM..
bye2 Jerai, ada kesempatan insha Allah kite jumpa lagi..
masing2 ketiduran keletihan kepenatan, hehe...
Sekian,
Salam Kelana
No comments:
Post a Comment