Thursday, 23 April 2015

Di Bawah Bayu #Day4

#Day 4

Assalamualaikum ^^
Alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Tuhan hari nie.
Bangun, siapkan diri. Hari nie nak balik Johor dah, tetiba pulak rasa macam taknak balik. Rasa macam banyak tempat lagi tak pi. Barang semua dah kemas dah semalam, pagi nie tak kalut la.
Turun kat lobby, check out hotel then tunggu Wan dan Cik Faiz datang pick up.
Pagi nie sekali lagi pi kedai souvenirs, Cik Faiz nak belikan buah tangan untuk office mate nga family dia sebab semalam dia tak beli pape.




Makan time ^^
Siap beli ape yang patut, kami cari kedai makan. Isi perut  sebab nanti sebelum naik flight rasanya dah tak sempat nak makan dah. Breakfast kat Semporna, lunch nanti kat Johor dah. Lebih kurang jam 9.30am kami gerak dari Semporna ke airport Tawau. Memang awal sebab perjalanan nak sampai Tawau take almost 2 and half hour. 

Till meet again Semporna
along the way to Tawau
2 jam dah sampai Tawau, macam drifter dah kami punya tour guide. Jam 11.40am kami ke Pekan Tawau ronda2 sambil tengok pape yang berkenan. Tak lama pun, saje jer pi cuci mata. Takleh lama sangat, sebab dari Pekan Tawau nak ke airport pun agak jauh jugak. 

Masjid besar Pekan Tawau
 1st day kami sempat solat asar kat masjid nie. Sebelum ke airport kami ke pantai yang terletak di belakang masjid nie. Sedut udara pantai buat kali terakhir sebelum balik.
Dalam kul 12.45 kami tiba di airport Tawau. Selepas ucapkan terima kasih yang tak terhingga utk Wan, Cik Faiz siap salam semua kami pun terus masuk.
Beratur untuk check boarding pass dan serahkan pas lawatan sementara kat Puan Imigresen tu.


Tawau - JB
Bismillah.. Ready to fly :)

2 jam 15minit dalam flight, kemudian sampai di Senai airport. Alhamdulillah.
Hakak along dah menunggu dah, naik kereta terus balik rumah.


Pengalaman berharga Allah anugerahkan untukku. Terima kasih Tuhan.
Kerana AKU yang terpilih.
Semoga memori ini terus terpahat dan kekal dalam ingatan
Semakin tinggi aku di awan, semakin aku rasa diri ini kerdil kerana bila aku pandang bawah, Saat aku memandang ke bawah, yang kelihatan hanya awan putih. Kosong.
Satu saat nanti jika aku mati, tiada apa yang akan aku nampak kecuali pandangan yang kosong seperti aku saat ini.
Bila di air, aku lihat sekeliling. Banyak yang aku nampak, ada orang ada ikan ada bot ada rumah.
Segala yang aku pandang adalah nikmat dari Allah.Sungguh, aku hanya hamba hina. Yang tiada apa2 kecuali DIA yang anugerahkan aku segalanya.

Sekian.
Catatan kembara 4 hari 3 malam ke negeri di bawah bayu.
Moga ada redhaNya dalam setiap hembus nafas kami.
Yang pahit tinggalkan di laut buat umpan ikan, yang manis simpan sebagai kenangan terindah dalam kotak ingatan.

Wallahu a'lam
 :)



Wednesday, 22 April 2015

Di Bawah Bayu #Day3

#Day 3

Assalamualaikum :D
 Wake up, solat subuh then mandi.  Alhamdulillah, semua sihat. Takde yang demam sebab seharian berjemur semalam. Cuma ada rasa lenguh2 sikit sebab daki bukit semalam.
Perancangan untuk hari nie sedang diatur oleh Wan and his PA, mungkin lewat sikit start aktiviti for today sebab bagi ruang untuk tour guide kami berehat. Maklumlah, semalam dia kerja. So, need enough rest supaya bawak kereta nanti tak jadi macam dalam citer fust and furious ^^

Kul 9.30 kami breakfast kat restoren Bismillah. Masa makan baru susun jadual perjalanan, sempoi kan tour guide kami ><
Katanya pagi nie nak bawak kami tengok monyet yang hidung panjang macam dalam national geographic tu, lupa nama saintifik nya ape. hihi. Nak ke hutan simpan nie perlu melalui jalan kampung, separuh jalan lagi tak di tar (jalan berbatu). Nama pun hutan simpan, takkan duk tengah2 bandar kan ><


Hajat nak tengok monyet hidung panjang tak kesampaian sebab orang yang jaga kawasan nie bagitau kalau nak menyusuri sungai perlu ke pekan dulu untuk register nama. So, fikir punya fikir kami decide untuk cancel kan hajat tu. Just tengok monyet2 biasa jela sambil dengaq bunyi unggas.

Tengok gambaq monyet jela
Bot untuk menyusuri sungai

Tak lama pun kami kat sini, sebab taktau nak buat aktiviti ape pun kat sini. So, Wan bawak kami ke Pekan Semporna. Kata Wan kalau nak beli souvenirs pun ada dijual kat sini. Yang paling banyak memborong acik la, katanya nak beli untuk office mate. Kite beli apa yang patut jer :)




Kedai2 yang jual souvenir


Dah habis beli barang, jalan2 sekitar floating resort nie. Nikmati pemandangan indah :D


Floating Resort
Dah habis pusing2 sekitar kawasan nie, kami ke kedai makan berdekatan hotel. Lupa nama kedainya apa, tapi makanan hari nie nama pelik sikit. Wan kata nak bagi makan makanan pelik hari nie, nama nasi yang Wan order tu ialah nasi Lap Lap. Sekali sebutan tu, kite dendaq macam nasi lalat. hihi *telinga masuk ayer
Nama jer pelik, sebenarnya nasi Lap Lap nie ala-ala nasi ayam penyek.
Siap makan, Wan nga Cik Faiz hantar kami balik hotel. Set time 4.30pm dorang akan pick up kami, Wan kata nak pi tempat special ^^

Masuk bilik, solat zohor dan terus tunggu waktu asar. Settle kan apa yang patut, sebab masa tak berapa nak panjang. Bersiap ala kadar, kami turun ke lobby hotel tunggu tour guide nga PA kami datang pick up. Dorang sampai jer terus naik kereta. Special place yang Wan maksudkan tu ialah Bukit Tengkorak. Katanya view kat atas tu lawa sesangat, tetiba semangat jer kaki nie nak hiking :)
Bila dah sampai kat kaki bukit tu, orang yang jaga kawasan nie bagitau yang pagar dah ditutup. So, kami tak berkesempatan jugak nak naik Bukit Tengkorak nie.


Tangga nie je sempat daki
Takpe laa takde rezeki, pasti ada hikmahnya :)
So, change to plan B. Jom mandi laut sambil nikmati waktu petang ^^
Last day mandi laut di Tampi-Tampi, Semporna



View of Tampi-Tampi
Mandi laut :D

Adik comel jaga kawasan ><

#Senjakala
Petang itu, sendirian memandang ke laut yang tenang dan biru. Tangan di dada, jantung berdenyut, mata berkaca, kaki bersila..
Allah pinjamkan kite ruang dan peluang ini, pasti dan pasti ada sesuatu yang Allah aturkan saat ini juga masa hadapan. Kenapa kite di sini, pasti hanya Dia yang Maha Tahu jawapannya.
Bungkam.
Allah shows Him love to me. Yes to me. Kerana berapa ramai yang impikan untuk sampai ke sini, tapi Dia pilih kite. Ye kite, Cik Fatin :')
DIA nak tengok sejauh mana kite bersyukur, sehebat mana kite ingat pada-Nya saat kite gembira. Tanpa sedar air mata tumpah. DIA anugerahkan kebahagian ini buat kite di dunia, semoga DIA kekalkan kebahagian ini di sana kelak.
Alhamdulillah, terima kasih Rabbku

Selesai mandi laut, selesai Wan dan Cik Faiz salin baju kami balik hotel.
Malam nie lepas solat isyak Wan janji nak bawak kami semua makan nasi kerabu. Masa dia bagitau tu kami terkejut jugak, ada ke orang Sabah jual nasi kerabu. Eksaited pulak nak rasa, kite tanya Wan rasa ape nasi kerabu tu. Wan buat muka tahan gelak, katanya nak bagi kami rasa sendiri.
Kami berlima order nasi kerabu, rupa memang rupa nasi kerabu cuma takde penambah rasa. Takde Budu, hihi. Bismillah
Ermmm, sedap. Rasa nasi kerabu tu ada la. Bile kite soal selidik (macam polis pencen), rupanya hakak yang bukak kedai nie lama kerja kat Semenanjung. So bile balik Sabah, dia bukak la kedai nasi kerabu. Creative idea, lain dari yang lain :)

Siap makan kami terus balik ke hotel, malam2 keluar untuk makan jer. Tak pergi tempat lain.
Malam nie malam terakhir tido kat sini, sebelum tido kemas beg pakaian sebab esok pagi2 lagi nak keluar hotel. Settle everything, cuci muka, gosok gigi, wudhuk, go to sleep.
Nite Sabahan

#terima kasih Tuhan
#Alhamdulillah
#Anugerah dari TUHANku

Allahuma solli alla saiyidina Muhammad, wa'alla ali saiyidina Muhammad
 Bismikallah humma ahya wa bismika amut




...to be continued...



Tuesday, 21 April 2015

Di Bawah Bayu #Day2

#Day 2

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah still alive. Wake up, wake up sabahan. Bangkit dari tido jam 5am untuk solat subuh, seriously macam mimpi jer. Biasanya kul 6am baru subuh kat semenanjung, sini 1 hour early than semenanjung. Bangun,mandi, solat, bersiap2 sikit pastu naik katil balik. Hihi ^^
Bukan sambung tido tapi duk bersembang dengan hakak nga Iera. Maklumlah still early, nak turun breakfast pun awal lagi.

Prayer Time
Today, kami plan nak pi island hopping. Pagi tadi Cik Faiz text bagitau around 8.10am, diorang akan pick up kami depan hotel. Cik Faiz officially jd PA kepada tour guide kami untuk 4hari di sini :D
Jam 7.50am camtu kami bertiga keluar breakfast kat sebelah Restoren Bismillah. Restoren nie memang open 24hour, so senang la awal pagi pun dah boleh makan. Kami just order roti canai untuk alas perut.
8.10am Wan nga Cik Faiz datang pick up kami untuk ke jetty.

Kami book sebuah boat within driver dengan kelindannya sekali, kalau tak book driver sape la nak bawak bot tu kan ><
Kami berempat campur Wan and the geng, total up semuanya 9 orang. Masukkan semua makanan dan barang keperluan dalam bot, then ready to go :)
Abang driver boat kami memang expert sesangat, dengan lajunya bot tu meluncur. Terasa sakit urat belakang bila bot langgar ombak. First check point kami ialah Bohey Dulang Island. Perjalanan untuk ke Bohey Dulang take almost 35minute, sepanjang perjalanan masing2 layan perasaan sambil menikmati keindahan ciptaan-Nya

Abang driver bot
Yeepii.. naik bot :D
Dalam jam 9am kami tiba di Bohey Dulang.
Subhanallah, cantik sangat2. Speechless. Takde perkataan nak gambarkan indahnya bumi Tuhan nie.
No word can describe the beauty of this island.

Subhanallah
Bohey Dulang Island
Our potograper (habis gaya dah)
Nie ha our tour guide, Wea :D
Wan and the geng **
View kat bawah dah cantik kan, can't imaging camne view dari atas kan. Sesape yang datang sini 'wajib' hiking sampai puncak untuk nikmati view dari puncak. Nak hiking kat sini kena ada guide la, kot2 tersesat kat dalam hutan tu nanti. After register nama kat bawah nie, kami mulakan pendakian.
Kata abang guide tu, tinggi bukit nie dalam 600meter jer. Kalau laju 20minit dah sampai, kalau slow mungkin 45minit katanya.

Pendakian bermula ^^
Kami sampai kat puncak agak awal jugak walaupun kerap berhenti sebab ada kawan yang tak larat nak daki dengan high speed. Tergamam bila sampai puncak, terus terbang rasa penat tadi bila tengok view sekeliling.
Cantik (desis hati kecil)
Tetiba terngiang-ngiang lagu irwan
Lihatlah pohon yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Semua Allah punya :')




Our team (Abdullah, Cik Faiz, Azhar, Shah, Cik Irwan, Acik, Iera)
Team kami, kira2 ada 8 orang. Memang la, sorang lag potograper ><
Last foto taken by our photograper, Azman sebelum memulakan perjalanan turun.
Sampai kat bawah terus ke bot untuk ke next check point.

Till meet again Bohey Dulang
Ready to go to next island. Pulau kedua takde la jauh dengan Bohey Dulang nie, 15minit je kot rasanya. 2nd check point kami is Pom Pom Island.
 Kat sini tak banyak snap foto, masing2 cari makanan untuk isi perut sebab semuanya dah tak sabo nak mandi laut. Menu for today is bihun goreng special prepared by hakak Cik Irwan kita. Kat Pom Pom Island nie buat aktiviti bebas, mandi, solat, makan semuanya di sini.

Obor-obor Sabah


Snorkeling
Siap semua aktiviti, tukar pakaian, angkat beg, naik bot untuk ke next island. Hihi, banyak pulau yang kami pi. Biasalah namanya pun island hopping kan ^^
Next island is Mantabuan Island. Kat sini boleh la tengok perkampungan orang laut atau orang Bajau Laut.
Sampai kat mantabuan terus register nama dekat penjaga kawasan pulai nie, macam abang kawasan la. hihi :D
Permit melawat pulau nie dipegang oleh driver bot kami, kiranya dia la yang bawak kami. Permit nie untuk tujuan keselamatan.

Register nama dulu ^^
Candid jer adik nie
Boleh jadi talent adik nie
Rumah orang Bajau Laut



Duk pikir ape ntah acik nie ><
Habis ronda pulau nie, kami ke last check point for today iaitu Sibuan Island.
Kat sini pun ada perkampungan orang Bajau Laut jugak. Ronda2 Sibuan Island before end our island hopping ye. Air jernih sangat, geng Wan dah tak sabor nak mandi buat kali kedua nampaknya ^^
Kami yang lain ronda2 tenangkan fikiran jer. Penat sudaa mau cerita, tengok gambor jela ye :)





Kecik2 dah pandai berenang

Dalam jam 5pm lebih camtu kami gerak balik ke jetty, semuanya nampak kepenatan dah. Maklumlah, dah seharian naik bot hihi ^^.
Sampai hotel dalam jam 5.45pm, rehat badan jap solat magrib dan isyak.
Malam nie keluar makan di kedai Thamnak Thai. Masakan kat sini best, malam nie tukar tour guide sebab Cik Irwan kerja. Jam 10am sampai bilik, terus cuci muka nga berwudhuk. Pastu tarik selimut terus lena

1 ayat dari bahasa Bajau nie kite belajar iaitu maksukul maksudnya terima kasih :D
Alhamdulillah, selesai untuk hari nie.
Banyak yang kite belajar, bile pandang sekeliling, pandang kehidupan mereka buatkan kite sedar betapa beruntungnya kite. Allah pinjamkan nikmat untuk kite, hidup dalam keadaan yang selesa, dapat belajar, ada keperluan yang cukup.
Benar, bile kite pandang bawah baru kite sedar terlalu banyak sampai tak terhitung nikmat Allah beri untuk kite. Tak salah mendongak ke atas, tapi jangan terlalu lama bimbang kite lupa bersyukur kerana tamak mengejar sesuatu yang tak tercapai..

 Allahuma solli alla saiyidina Muhammad, wa'ala ali saiyidina Muhammad




....to be continued....