Tuesday, 21 April 2015

Di Bawah Bayu #Day2

#Day 2

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah still alive. Wake up, wake up sabahan. Bangkit dari tido jam 5am untuk solat subuh, seriously macam mimpi jer. Biasanya kul 6am baru subuh kat semenanjung, sini 1 hour early than semenanjung. Bangun,mandi, solat, bersiap2 sikit pastu naik katil balik. Hihi ^^
Bukan sambung tido tapi duk bersembang dengan hakak nga Iera. Maklumlah still early, nak turun breakfast pun awal lagi.

Prayer Time
Today, kami plan nak pi island hopping. Pagi tadi Cik Faiz text bagitau around 8.10am, diorang akan pick up kami depan hotel. Cik Faiz officially jd PA kepada tour guide kami untuk 4hari di sini :D
Jam 7.50am camtu kami bertiga keluar breakfast kat sebelah Restoren Bismillah. Restoren nie memang open 24hour, so senang la awal pagi pun dah boleh makan. Kami just order roti canai untuk alas perut.
8.10am Wan nga Cik Faiz datang pick up kami untuk ke jetty.

Kami book sebuah boat within driver dengan kelindannya sekali, kalau tak book driver sape la nak bawak bot tu kan ><
Kami berempat campur Wan and the geng, total up semuanya 9 orang. Masukkan semua makanan dan barang keperluan dalam bot, then ready to go :)
Abang driver boat kami memang expert sesangat, dengan lajunya bot tu meluncur. Terasa sakit urat belakang bila bot langgar ombak. First check point kami ialah Bohey Dulang Island. Perjalanan untuk ke Bohey Dulang take almost 35minute, sepanjang perjalanan masing2 layan perasaan sambil menikmati keindahan ciptaan-Nya

Abang driver bot
Yeepii.. naik bot :D
Dalam jam 9am kami tiba di Bohey Dulang.
Subhanallah, cantik sangat2. Speechless. Takde perkataan nak gambarkan indahnya bumi Tuhan nie.
No word can describe the beauty of this island.

Subhanallah
Bohey Dulang Island
Our potograper (habis gaya dah)
Nie ha our tour guide, Wea :D
Wan and the geng **
View kat bawah dah cantik kan, can't imaging camne view dari atas kan. Sesape yang datang sini 'wajib' hiking sampai puncak untuk nikmati view dari puncak. Nak hiking kat sini kena ada guide la, kot2 tersesat kat dalam hutan tu nanti. After register nama kat bawah nie, kami mulakan pendakian.
Kata abang guide tu, tinggi bukit nie dalam 600meter jer. Kalau laju 20minit dah sampai, kalau slow mungkin 45minit katanya.

Pendakian bermula ^^
Kami sampai kat puncak agak awal jugak walaupun kerap berhenti sebab ada kawan yang tak larat nak daki dengan high speed. Tergamam bila sampai puncak, terus terbang rasa penat tadi bila tengok view sekeliling.
Cantik (desis hati kecil)
Tetiba terngiang-ngiang lagu irwan
Lihatlah pohon yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Semua Allah punya :')




Our team (Abdullah, Cik Faiz, Azhar, Shah, Cik Irwan, Acik, Iera)
Team kami, kira2 ada 8 orang. Memang la, sorang lag potograper ><
Last foto taken by our photograper, Azman sebelum memulakan perjalanan turun.
Sampai kat bawah terus ke bot untuk ke next check point.

Till meet again Bohey Dulang
Ready to go to next island. Pulau kedua takde la jauh dengan Bohey Dulang nie, 15minit je kot rasanya. 2nd check point kami is Pom Pom Island.
 Kat sini tak banyak snap foto, masing2 cari makanan untuk isi perut sebab semuanya dah tak sabo nak mandi laut. Menu for today is bihun goreng special prepared by hakak Cik Irwan kita. Kat Pom Pom Island nie buat aktiviti bebas, mandi, solat, makan semuanya di sini.

Obor-obor Sabah


Snorkeling
Siap semua aktiviti, tukar pakaian, angkat beg, naik bot untuk ke next island. Hihi, banyak pulau yang kami pi. Biasalah namanya pun island hopping kan ^^
Next island is Mantabuan Island. Kat sini boleh la tengok perkampungan orang laut atau orang Bajau Laut.
Sampai kat mantabuan terus register nama dekat penjaga kawasan pulai nie, macam abang kawasan la. hihi :D
Permit melawat pulau nie dipegang oleh driver bot kami, kiranya dia la yang bawak kami. Permit nie untuk tujuan keselamatan.

Register nama dulu ^^
Candid jer adik nie
Boleh jadi talent adik nie
Rumah orang Bajau Laut



Duk pikir ape ntah acik nie ><
Habis ronda pulau nie, kami ke last check point for today iaitu Sibuan Island.
Kat sini pun ada perkampungan orang Bajau Laut jugak. Ronda2 Sibuan Island before end our island hopping ye. Air jernih sangat, geng Wan dah tak sabor nak mandi buat kali kedua nampaknya ^^
Kami yang lain ronda2 tenangkan fikiran jer. Penat sudaa mau cerita, tengok gambor jela ye :)





Kecik2 dah pandai berenang

Dalam jam 5pm lebih camtu kami gerak balik ke jetty, semuanya nampak kepenatan dah. Maklumlah, dah seharian naik bot hihi ^^.
Sampai hotel dalam jam 5.45pm, rehat badan jap solat magrib dan isyak.
Malam nie keluar makan di kedai Thamnak Thai. Masakan kat sini best, malam nie tukar tour guide sebab Cik Irwan kerja. Jam 10am sampai bilik, terus cuci muka nga berwudhuk. Pastu tarik selimut terus lena

1 ayat dari bahasa Bajau nie kite belajar iaitu maksukul maksudnya terima kasih :D
Alhamdulillah, selesai untuk hari nie.
Banyak yang kite belajar, bile pandang sekeliling, pandang kehidupan mereka buatkan kite sedar betapa beruntungnya kite. Allah pinjamkan nikmat untuk kite, hidup dalam keadaan yang selesa, dapat belajar, ada keperluan yang cukup.
Benar, bile kite pandang bawah baru kite sedar terlalu banyak sampai tak terhitung nikmat Allah beri untuk kite. Tak salah mendongak ke atas, tapi jangan terlalu lama bimbang kite lupa bersyukur kerana tamak mengejar sesuatu yang tak tercapai..

 Allahuma solli alla saiyidina Muhammad, wa'ala ali saiyidina Muhammad




....to be continued....






2 comments: