Monday, 6 April 2015

Husnuzon

Assalamualaikum w.b.t
apa kabar iman di hati? harap segalanya baik2 sahaja ^^

Dua tiga hari nie kami banyak dengar istilah2 arab, mungkin sebab duk ngadap kamus arab kot...
hehehe..
macam rajin sangat kan nak baca kamus yang tebal tu ^^
Husnuzon
apa tu husnuzon ye
taraaa....


 yup, husnuzon nie dengan kata mudah ialah bersangka baik..
teringat kembali perkongsian cerita semasa menghadiri 'anual grand dinner' AGM SAHAM (sahabat masjid).
panel malam tu ada sebut tentang husnuzon nie..
Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain.
husnuzon sangat dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. 
 Kata Saidina Umar bin Al‐Khattab ra :
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar
daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu
masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

 kalau kita berbaik sangka terhadap orang lain, sudah tentu kita takkan ada perasaan iri hati kan. Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya.
jom amalkan sifat husnuzon nie.. semoga kita mendapat redha Allah, disukai manusia bila ada bersama, dirindui dan ditangisi bila tiada..
jika kita membuat kebaikan kepada orang lain, insha Allah kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan oleh-NYA.



No comments:

Post a Comment