assalamualaikum..
apa khabar sahabat yg di kasihi Allah sekalian..
sedar tak sedar rupanye kite sudah berada di awal bulan muharram 1435H..
pagi nie 14 November bersamaan 10 Muharram..
mesti semua dah tau kan, ape peristiwa2 penting yang berlaku pada 10 Muharram?
pada yang masih tertanya2 ape yang berlaku, ini jawapannye
- Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
- Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
- Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
- Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
- Allah menjadikan Siti Hawa.
- Allah menjadikan Syurga.
- Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
- Taubat Nabi Adam diterima Allah.
- Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
- Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
- Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Fadhilat berpuasa pada 9 & 10 Muharram :
Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW
begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada
hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa
beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau
berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari
kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada
hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke
atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”.
(Riwayat Imam Muslim)
Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)
Selain
daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk
berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan
beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW
berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya
turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya
hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu
Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan
Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak
sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.”
(Riwayat Imam Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda
(maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya
aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah
menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam
Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat
bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi
SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada
hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi:
“Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan
berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai
dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”.
Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang
mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat.
Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang
diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda
(maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu
ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas
puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya
Muharram". (Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).