Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur, Allah masih pinjamkan nyawa buat kita.
Sedar
atau tidak inilah nikmat yang paling berharga. Semoga dengan nikmat ini
kita gunakan untuk lebih mendekati-Nya. In shaa Allah. Semoga kita semua dibukakan pintu hati
oleh-Nya untuk berhijrah menjadi yang lebih baik.
Aamiin
Hari ini, diriku terbuka hati untuk berbicara soal hati. cerita apa la agaknya kan.
Allahu Rabbi, tetiba je rasa sebak. Tersentuh hati ini (mata masuk habuk)
Perasaan hasad itu, perasaan yang tidak elok dan tidak patut ada dalam diri kita.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad ﷺ "Jauhilah hasad (dengki),
kerana hasad dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." [HR
Abu Daud]
Memang iri hati
(hasad) itu tidak boleh, kecuali pada dua perkara iaitu pada orang yang
Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan di jalan Allah s.w.t
dan juga orang yang Allah beri karunia ilmu (Al-Quran dan As Sunnah), ia
menunaikan dan mengajarkannya.
[HR Bukhari & Muslim]
Diri
ini cemburu, iri hati dengan Muslimah yang bertudung labuh. Hati tenang
melihat mereka, sungguh hebat mereka mampu menjaga aurat walau panas
membahang, walau hujan membasah.
Sungguh diri ini kagum dengan kalian. Kerana itu diri ini cemburu, cemburu pada kalian.
Kerana cemburu itu, ku pasangkan satu niat dalam hati.
Ya, aku ingin menjadi seperti kalian.
Sempena 1 Muharam, tahun baru hijrah ku tekadkan dalam hati kecil ini. Ya, aku ingin berubah.
Pertama kali aku memakai tudung yang lebih besar berbanding kebiasaan, saat aku melihat wajahku di cermin saat itu juga manik jernih menitis dipipi.
Ya Allah, aku sendiri taktau apa yang ku rasakan saat itu.
Tudung ungu (peberet kaler) ku, tudung besar pertama yang aku beli. Saat ku beli tudung tu, langsung tak tergerak hati pun nak pakai.
Alhamdulillah, perancangan Allah siap yang sangka. 2 hari berturut-turut aku pakai tudung tu, tudung labuhku hanya sehelai itu je. Hari berikutnya kebetulan ada ekspo, jadi aku jalan2 di sana untuk mencari tudung baru. Alhamdulillah satu lagi tudung ku beli. Dapat la aku bergilir2 tudung lepas nie.
Bermula saat ini, aku bisikkan pada hati kecilku yang aku nak belajar istiqomah.
Moga Allah permudahkan
"Atien, Allah dah pilih kau. Allah nak kau lebih kenal Dia, belajar la jadi Fatin yang baru"
Alhamdulillah, sampai saat ini. Aku masih belajar, belajar dan belajar untuk mengenal penciptaku. Ya Rabb, moga tiap langkah kaki ini di iringi barakah dan redhaMU.
Moga Allah redha
:')

No comments:
Post a Comment