Thursday, 12 March 2015

Pulau Lagenda, LANGKAWI


5 Mac 2015

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pagi nie dapat khabar gembira dari kaklong. Awal pagi lagi dia text, katanya hari nie kaklong, abang long & mak nak datang Kedah. Without any planning, abang long ajak dia datang holiday kat Langkawi. Dalam hati nie allahu akbar, Dia je yang tau. Hepinya nak jumpa kesayangan hati. Benda nie out of planning, sangat terkejut. Macam tak percaya pun ada, after baca text tu tampar pipi. Auwww, I’m not dreaming (pedih jugak rasanya).

Kite tak sure jam berapa diaorang gerak dari rumah, tapi lebih kurang jam 6.15 pm camtu diaorang sampai Pekan Changlun untuk pick up kite kat situ. Rasanya untuk hari ini memang dah tak sempat nak kejar feri (tak kejar pun, tunggu je sebenarnya) hihi, sebab last feri dari jeti Kuala Perlis jam 7.00pm.
So malam tu bermalam di Perlis dulu. Kite bermalam kat rumah mak angkat kite a.k.a mak Fiena (kawan kite). Sebenarnya segan jugak nak bermalam kat rumah dia, tapi lepas kite bagitau family kite nak datang terus mak (angkat) offer stay kat rumah dia. Alhamdulillah.
Malam pertama family kite kat sini, kite bawak pi masjid Kuala Perlis sambil2 survey jalan untuk esok pagi. Sembahyang magrib dan isyak terus kat masjid terapung nie (sekarang tak terapung dah), sambil hirup udara malam. Jam 10 pm lebih kurang, call mak bagitau kami dah on the way ke rumah. Bebual panjang, jam 12 baru lelap.

 Masjid terapung (yg tak seberapa nak terapung) Kuala Perlis



6 Mac 2015

Hari nie awal2 pagi lagi bangkit, terdengar azan berkumandang dari masjid berhampiran rumah mak. Selesai mandi dan sembahyang, kami bersiap apa2 yang patut. Kalau boleh nak sampai awal sikit kat jeti tu sebab nak naik feri jam 8.15, kalau lewat nanti kang tertinggal lagi. Lama pulak nak tunggu next feri. Alhamdulillah sampai dekat kaunter tepat jam 8.00, so kata pakcik yang ada kat kaunter tu kami sempat lagi naik feri jam 8.15 am.  Ada sorang pakcik yang duk depan kaunter tu datang tanya kami nak pi  Langkawi berapa hari, kami bagitau kami nak pi semalaman je. Dia tanya sama ada kami dah ada tempat menginap atau belom di sana nanti, kami bagitau yang kami mungkin cari je hotel bajet atau motel kat Langkawi nanti. Pakcik tu offer hotel bajet untuk kami, kami ambik 2 bilik dan dia bagi harga RM130. Dapat diskaun RM10, harga sebenarnya RM140.





As additional information untuk sesape je yang pi Langkawi tanpa planning pape (tetiba je sampai ,hiiiii), jangan risau sebab bila sampai jeti Langkawi nanti berlambak agen2 hotel & kereta sewa yang akan datang tanya korang tentang penginapan & transport. Pasal 2perkara nie jangan risau, sampai je kat jeti Langkawi tu masalah korang akan settle. In shaa allah ^^
 
Kami tiba di jeti Langkawi jam 10 am kot. Tunggu orang kereta sewa pick up kami, sampai la jam 11 am. Lama jugak terpaksa menunggu kat situ, kami sewa kereta viva dan harga sewa kereta untuk sati hari (24 hour) ialah RM70. Yang kereta sewa nie harga dia depend on jenis kereta la, lagi besar lagi mahal J. Dapat je kereta sewa, destinasi pertama kami ialah cari kedai makan ^^ hehe. Sebab driver kami a.k.a abang long tak boleh lapor, nanti tak gerak kereta tu. Siap je makan *Alhamdulillah* kami cari hotel yang kami book tadi, nama hotel tu Coco Top Hotel. Naik bilik, letak barang & fikir destinasi yang nak dituju. Holiday yang not planning camni terpaksa la sama2 pikir halatuju. So, kaklong decide first destination kami hari nie nak ke Langkawi Cable Car. Memang dah lama dia dok teringin nak naik cable car, hari ini in shaa allah kita tunaikan.

Kami memang nak ke cable car tu tapi direction nya kurang clear, hihihi.
Along pulak duk harapkan kite jadi GPS, macam kite expert sangat dengan Langkawi nie. Ingat2 lupa jalan kat sini, sebab 1st time kite datang Langkawi dulu stay kat rumah adik angkat kite dekat area Pantai Cenang. Kali nie datang sewa hotel kat Pekan Kuah, pusing sikit kepala kite pun turut pusing. Kali nie memang perjalanan ikut sign board jela. Alhamdulillah Langkawi nie jalannya tak susah sangat sebab sign board banyak, tiap kali traffic light mesti ada. Asalkan tahu destination, in shaa allah tak sesat : )
Kami sampai kat cable car, pusing2 dulu tengok souvenir untuk adik kakak kawan2. Lepas solat zohor baru kami naik cable car, tiket naik RM5 rasanya sebab seingat kite masa datang hari tu RM15 je tapi kali nie up to RM20/person. Nampak la wajah ceria akak kite yang memang dah lama teringin nak naik benda nie, Alhamdulillah kali nie dapat penuhi keinginan dia tu. Sampai puncak Gunung Matcincang  tu ada la rasa udara sejuk2, yang penting Nampak view yang cantik kat bawah. Subhanallah, cantik sangat. Kite ingatkan nak naik skywalk tapi masih lagi dalam proses upgrade, jadi takleh nak walk2 kat situ la.








View dari Puncak Gunung Matcincang
Dah habis pusing2 kat tempat cable car, kami bercadang nak singgah sebentar di Beras Terbakar. Kata ma, nak tengok tinggalan sejarah. Nak tahu jugak apa yang ada kat sini, seingat kite Beras Terbakar antara lokasi yang “pemes” jugak di Langkawi nie. Kata orang tak kenal maka tak cinta kan, jadi nak kenal2 la tempat nie ^^ .

Beras Terbakar nie tempat tinggalan sejarah, beras yang terbakar pada zaman dulu kala. Ada la semangkuk beras dalam cermin kaca untuk orang tengok. Kawasan luarnya ada gerai dan deretan kedai yang jual macam2 jenis buah tangan dari Langkawi. Kalau dekat Kelantan tu ala2 Rantau Panjang la, macam2 la jual kat sini. Kami beli minyak gamat, baju,beg dan ada lagi la barang2 lain.

 Beras yang terbakar

  Beras terbakar tu dalam kawasan rumah nie


Lepas dah habis beli barang kami terus balik hotel, sebab nak solat asar ngan mandi sekali. Selesai solat asar, kami plan nak pi Dataran Lang. Bergambo kenangan di situ, kata kakcik “tak Langkawi la kalau takde gambo ngan burung helang tu” hehe. Dalam kul 6.15pm camtu kami pi Dataran Lang, cuaca still cerah dan panas lagi time tu. Suasana nampak kelam kabut dan orang pun agak ramai, sebab ada crew2 yang duk settle kan pentas perasmian LTDL (Le tour de Langkawi) & LIMA 2015. Bergambor kat situ sambil lepak anak beranak, takde la banyak pun snap tapi yang penting ada gambo nya.



Then kami ke Pekan Kuah, pi survey kedai cekelat HIG (Haji Ismail Group). Kat sini banyak yang nak dibeli untuk diri sendiri, orang  kirim, nak bagi buah tangan untuk sedara mara jugak. Borong la apa yang bekenan di hati ^^




Lepas solat magrib, cari kedai makan lagi. Perut dah kenyang baru driver boleh jalan, hee : )
Malam nie kami ke Pantai Cenang, tapi sayangnya tak singgah pun kat pantai sebab masalah teknikal. Takde parking, abang long terus ajak balik taknak singgah pantai. Malam nie tido awal, cas apa yang patut untuk last day. *Malam nie boleh tido ngan ma

7 Mac 2015
Bangun awal, solat subuh, mandi dan siap2. Kemas beg, sebab hari nie kul 12pm kena check out dah.
Hari nie destination kami ialah Makam Mahsuri. Ma kata alang2 dah datang kite lawat je tempat yang ada. Take breakfast pastu baru pi sana. Rasanya tempat nie penuh dengan sejarah, kalau nak tahu kena datang sebab ada tempat yang takleh snap picture. Kat sini taknak cerita panjang. Biarkan gambar je yang berbicara ^^



 Foto Wan Aisyah ( generasi ke 7 Mahsuri )

 Nie dia, lawa kan. Can't imaging camne rupa Mahsuri, mesti lagi cantik

 Rumah Penghulu

Makam Mahsuri


Biarkan gambar berbicara ^^




Kami punya feri jam 1pm, sebelum naik feri kami makan dulu. Jam 1 dah dalam bot untuk belayar. Alhamdulillah, kembara sejarah di Pulau Lagenda berakhir sampai sini sahaja. Nie bru datang 2hari 1malam panjang macam 1 buku sejarah dah,kalau lagi lama stay kat Langkawi nie memang jenuh la nak menulisnya heeee. In shaa allah, ada rezeki nak datang lagi sebab ada tempat yang kami tak sempat lawat macam Tasik Dayang Bunting, taman buaya and so on.
Semoga kembara 2hari nie mengeratkan lagi kasih sayang dan  hubungan kekeluargaan kami. In shaa allah. Segala cerita buruk tinggalkan di tengah laut, yang manis dibawa balik bersama. Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah, dalam segala perkara yang kita lakukan.
Wallahu alam



No comments:

Post a Comment