Saturday, 28 March 2015

BilA nAk kAhwIN ??



Assalamualaikum ^^

Apa kabar iman di hati? Moga2 iman kita makin bertambah, in shaa allah.

Minggu nie nampak banyak pula foto2 kawin kat wall kawan2 kite. Al maklumlah baru habis cuti sekolah, memang musim orang kawin la jawabnye. Alhamdulillah, ramai sudah yang tamatkan zaman bujang. Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Semoga Allah perkenankan.

"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA
WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"

Biasalah bila makin ramai kawan2 yang berumah tangga (rumah sekarang jarang dah ada tangga), orang yang belom kawin kena lah tempias sama. Tempias apa la pulak musim2 kemarau nie kan. Errrr, maksudnya tempias berkaitan isu2 kawin nie la. Mungkin dah dapat agak kan apa tempiasnya. Yes, betol tu. Soalan2 yang cepu mas dari warga2 mas dan perak. 

“Aku dah, hang bila lagi”

“tak lama lagi, ko pulak kan”

“ko taknak kawin lagi ke?”

Itu laa soalan2 yang memang common la tiap kali ada orang kawin, tak kesah la dari kawan2 ke dari sedara ke, dari orang kampung ke. Benda tu normal la, kira rasa bukan kite jer yang di tanya bertubi2 dengan soalan2 camtu. Boleh dikatakan semua orang yang berstatus ‘bujang’,kan? Kite pernah ditanya ‘ko bila nak kawin, kawan ko dah ramai yang kawin. Orang yang umuq adik dari ko pun dah kawin tapi ko still belajar, at last bila kawin keje nye kat dapur jugak’.  Saat soalan tu terdengar di telinga, masuk meresak dalam jiwa. Kite pegang dada “A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim”, sabar dan jangan mudah melatah. Senyum jer sambil fikir nak jawab cam mane nie supaya dia faham dan tak tanya soalan tu kat orang lain lagi (sensitive kot soalan nie).

Kite tarik nafas, kite jawab ikut prinsip kite dan supaya jawapan kite tu buatkan dia terasa hati. “Sape taknak kawin kan, perasaan nak ada pasangan, hidup bahagia, ada family, nak romantik2 itu kan fitrah. Orang pun ada jugak perasaan tu, tapi buat masa sekarang keutamaan orang adalah belajar. Jadi orang fikir sekarang orang nak habiskan pengajian, tak lama dah cuma tinggal satu tahun jer. Bila orang habis study nanti orang nak keje, nak bagi ma nga abah merasa duit gaji orang. In shaa allah. Lagipun orang rasa sekarang belom sampai masanya lagi, sebab tu Allah ‘hold’ kan dulu. Orang pun tak cukup bersedia nak jadi isteri, Allah Maha Tahu kan. Pasal keje tu, orang rasa takde masalah kot sebab sekarang kat dapur pun boleh bekerja. Buat bisnes online, jadi takde masalah laa bagi orang. Yang penting belajar untuk dapat ilmu, bukan untuk dapat kerja. Sebab bila kite ada ilmu, automatic kite boleh buat kerja. In shaa allah.

Dia senyum je, taktau laa apa dalam fikiran dia. Pastu terus je dia bangun pi besembang dengan yang lain. Seingat kite itulah kali kedua dan terakhir dia tanya soalan tu. Hehe

Dedikasi : ) Pada yang dah berkahwin, tahniah dan semoga hubungan mendapat berkat dari Allah. Ingat perkahwinan bukan untuk suka2 dan kerana suka2 je tapi perkahwinan tu amanah dari Allah. Jaga hubungan baik2. Pada yang belom berkahwin, jangan bimbang kerana ada asbabnya Allah rahsiakan jodoh kita.
Semoga kite semua sentiasa dalam rahmat-Nya : )

Benda yang baik, ambik, simpan.
Benda yang tak baik, buang, jangan dikenang ^^
Sekian ...........


No comments:

Post a Comment